Olahraga Brunei di Sukan Olimpik Musim Panas 2012

Ak Hafiy Tajuddin Rositi merupakan atlet tertua bertanding untuk Brunei dalam temasya, pada usia 21 tahun. Beliau tidak pernah menyertai mana-mana Sukan Olimpik sebelum ini.[4] Rositi layak ke temasya itu menerusi kad liar kerana masa terpantasnya 49.81 saat, yang dicatatkan dalam 400 meter Kejohanan Olahraga Asia 2011 Lelaki, adalah 4.11 saat lebih perlahan daripada standard kelayakan "B" bagi 400 meter lelaki.[10][11] Beliau diundi dalam saringan ketiga acara itu pada 4 Ogos, menduduki tempat kelapan (dan terakhir) daripada semua peserta, dengan masa 48.67 saat. Secara keseluruhan, Rositi menduduki tempat ke-45 daripada 47 pelari,[lower-alpha 1] dan tidak dapat mara ke separuh akhir kerana beliau 3.67 saat lebih perlahan daripada atlet paling perlahan dalam saringannya yang mara ke peringkat akhir.[12]

Pada usia 19 tahun dan bertanding di Sukan Olimpik Musim Panas pertamanya, Maziah Mahusin adalah atlet wanita pertama yang mewakili Brunei di temasya tersebut.[13] Beliau layak ke Sukan itu menerusi tempat kad liar kerana masa terbaiknya selama satu minit dan 1.14 saat, yang dicatatkan pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara, adalah 13.59 saat lebih perlahan daripada standard kelayakan "B" bagi 400 meter wanita.[10][13] Dalam temu bual dengan Reuters sebelum Sukan Mahusin berkata beliau berasa "amat berbesar hati" untuk mewakili negaranya dan bahawa ia adalah "mimpi menjadi kenyataan" bahawa beliau dipilih. Beliau merasakan penyertaan dirinya dalam pasukan Olimpik Brunei akan menggalakkan negaranya untuk mengejar standard yang lebih baik dalam sukan.[14] Mahusin mengambil bahagian dalam saringan keenam pertandingan itu pada 3 Ogos, menduduki tempat ketujuh daripada lapan pelari dengan catatan masa 59.28 saat.[15] Masa beliau mencatatkan rekod kebangsaan Brunei yang baharu.[16] Secara keseluruhan, Mahusin menduduki tempat ke-41 daripada 45 atlet.[lower-alpha 2] Beliau tidak mara ke separuh akhir selepas menamatkan 7.15 saat lebih perlahan daripada kelayakan paling perlahan.[15] Selepas itu, Mahusin menyatakan beliau tidak menjangkakan untuk mencipta rekod kebangsaan baru kerana tidak sihat sebelum ini tetapi berharap untuk beraksi di Sukan Olimpik Rio.[16]

;Tanda
  • Nota–Kedudukan diberi berdasarkan acara heat sahaja
  • NR = Rekod kebangsaan baharu
Lelaki
AtletAcaraHeatSeparuh akhirAkhir
KeputusanKedudukanKeputusanKedudukanKeputusanKedudukan
Ak Hafiy Tajuddin Rositi400 m48.678Gagal mara[12]
Wanita
AtletAcaraHeatSeparuh akhirAkhir
KeputusanKedudukanKeputusanKedudukanKeputusanKedudukan
Maziah Mahusin400 m59.28 NR6Gagal mara[15][16]

Rujukan

WikiPedia: Brunei di Sukan Olimpik Musim Panas 2012 http://rtbnews.rtb.gov.bn/index.php?option=com_con... http://www.dw.com/en/bruneis-record-breaker-reflec... http://gulfnews.com/sport/olympics/big-leap-for-ar... http://uk.reuters.com/article/uk-oly-athl-atw40h-b... http://olympics.time.com/2012/07/05/trailblazer-me... http://sports.inquirer.net/breakingnews/breakingne... http://www.bruneiolympic.org http://www.bruneiolympic.org/?t=news/index&p=news/... http://www.fina.org/H2O/docs/events/london2012/sw/... http://library.la84.org/6oic/OfficialReports/1988/...